بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini jom sama-sama kita ingat balik apa yang ustaz ajar time tingakatan empat..huhu...sebab...
Kejarlah dunia mu seolah - olah kamu akan hidup seribu tahun lagi..
dan kejarlah akhiratmu seolah-olah kamu akan MATI esok hari."
KHUTBAH WADA'
YANG MENYAMPAIKAN: NABI S.A.WTEMPAT KHUTBAH: JABAL ARAFAH
KHUTBAH WADA’ NABI SAW
Wahai manusia , dengarlah
kata-kataku,sesungguhnya aku tidak tahu bahawa mungkin aku tidak dapat berjumpa
kamu lagi selepas tahun ini dan di tempat ini untuk selama-lamanya
Wahai manusia sesungguhnya
darah dan harta kamu adalah haram sehinggalah kamu bertemu dengan tuhanmu
seperti haramnya hari dan bulan ini .Kamu akan bertemu dengan tuhan dan akan
ditanya tentang amalan kamu dan sesungguhnya aku telah menyampaikan (risalah).Barangsiapa
yang meemegang amanah maka hendaklah ia menunaikannya.
Dan sesungguhnya semua riba’
itu dihapuskan dan kamu hanya berhak ke atas modal harta kamu sahaja , jika
tidak boleh berlaku zalim dan kamu tidak boleh dizalimi.Allah menetapkan tiada riba’.Dan
riba Al-Abbas bin Abdul Muttalib telah dihapuskan semuanya.
Dan semua darah pada zaman
jahiliah dihapuskan ,dan darah yang pertama kali dihapuskan ialah darah Ibnu
Rabiah bin Al-Harith bin Abd.Muttalib(sisusukan/dipelihara oleh Bani Laith dan
dibunuh oleh Bani Huzail)inilah darah yang pertama kali tertumpah pada zaman
jahiliah.
Sesungguhnya syaitan itu merasa putus asa untuk disembah
ditanah kamu ini selama-lamanya.Tetapi dia redha untuk ditaati pada perkara
selain itu.Ingat-ingatlah,jangan lah kamu semua memandang remeh pada
amalan-amalan kamu,berhati-hatilah menjaga agama kamu.
"jom kita sama - sama hayati ape yang disampaikan oleh baginda sebelum kewafatannya.."
"jom kita sama - sama hayati ape yang disampaikan oleh baginda sebelum kewafatannya.."




No comments:
Post a Comment